Monday, January 30, 2012
Ku tErima Semuanya....
Tanggal 23 Januari 2012, aku telah melalui ujian yang besar dalam hidupku... Bayi ku tidak sempat menemui kehidupan di dunia ini.. Dirinya cuma pinjaman sementara dari Allah swt.. Sedihku hanya tuhan sahaja yang tahu.. Namun aku terima semua ini dengan tabah kerana aku tahu akan ada yang lebih baik dariNya.. Allah tahu apa yang terbaik untuk ku.. Takpe la dah takde rezeki kan.. Lepas ini Insyaallah aku akan "try again".. Seminggu aku MC.. Tak sempat pon nk gi jalan TBC.. 30 Januari aku start keje dah.. Life must go on.. Banyak lagi benda yang aku mesti buat sebab aku mesti teruskan hidup.. Kalau diikutkan mungkin dugaan aku ini tidak lah seteruk mana jika dibandingkan dengan mereka yang kahwin berpuluh tahun tapi belum dikurniakan anak.. Perasaan mereka tentunya lebih sedih.. aku bersyukur sekurang-kurangnya aku telah memiliki seorang anak.. Bersabar lah dengan dugaan yang diterima....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment